Saturday, February 2, 2013

hidup ini...


Bismillah ..assalammualaikum sahabat2!!lama tak jumpa..

syukur kepada Allah kerana dengan kehendak-Nya kita masih hidup dan berpeluang untuk bertaubat kepada Dia. Alhamdulillah.

Hidup adalah satu perkara yang complicated dan unik pada masa yang sama. Setiap orang mempunyai definisi dan tujuan hidup yang berbeza. Bezanya seorang muslim dengan orang yang belum muslim adalah tujuan hidupnya. Basically, manusia diciptakan Allah kerana dua perkara: sebagai seorang abid (hamba) – (51:56) dan seorang khalifah di muka bumi ini- (2:30). Mungkin dulu kita fikir yang kita hidup untuk berbakti kepada ibu bapa tapi cuba fikir bila mereka dah tak de nanti. Apa pulak tujuan hidup kita? Ada jugak tujuan hidupnya nak jadi doktor. So, bila dah dapat title doktor tu dah tak de lah benda yang nak dicapai. Dah tak de tujuan hidup. Nak kata nya, apabila kita meletakkan sesuatu yang tak kekal dan akan luput sebagai objektif hidup kita, semuanya akan jadi sia-sia. Tetapi, bila kita hidup kerana menjadi hamba kepada Allah Yang Maha Kekal dan Maha Hidup, tak kira betapa susah pun hidup ni kita akan dapat mengharunginya.

Bila kita dah tahu tujuan hidup ini, kita kena misi dan visi. Apa itu visi dan misi? Ok, visi itu adalah apa yang ingin dicapai dan misi ialah usaha yang dilaksanakan untuk mencapai visi tu sendiri. Contoh, visi kita nak masuk syurga. So, misi-misinya ialah solat 5 waktu, puasa masa bulan ramadhan, menunaikan zakat, pegi haji, beramal soleh, meninggalkan larangan Allah, ikut sunnah Rasulullah S.A.W dan berakhlak mulia dan banyak lagi.

Kita sebagai manusia umumnya dan pelajar secara khususnya tak terlepas daripada bebanan hidup yang memang banyak dan susah sebagai contoh belajar. Belajar tu memang penting dan sangat penting untuk kita berjaya dekat dunia ni tapi janganlah kita belajar berhabis-habisan sampai lupa nak solat, baca al-quran sebab dunia ni hanyalah persinggahan untuk kita kumpul sebanyak amal yang boleh. Jadilah muslim yang belajar bukan hanya pelajar muslim. Dan takkan rugi kita kalau kita spend sikit masa kita untuk menegakkan agama Allah dan untuk mencari redha-Nya. Sebab sesiapa yang menolong agama Allah, Allah akan tolong dia balik. Kita yang memerlukan Allah n Allah tak perlukan kita pun sebab Dia Maha Kaya. Kita ni yang miskin, hina dina dan sangat memerlukan petunjuk Dia.

“Hai manusia, kamulah yang berkehendak kepada Allah, dan Allah, Dialah Yang Maha Kaya (yang tidak memerlukan sesuatu) lagi Maha Terpuji.” (Fathir: 15)

Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu. (Muhammad : 7)

okay, itu saja lah untuk kali ini..mood nak bercuti!!in shaa Allah cuti yang bermanfaat.. :D sekian assalammualaikum